JellyPages.com

U Follow Then I Follow

Sunday, January 20, 2013

Pengalaman Mengandung-Bhgn 3

Assalamualaikum..

Masa kandungan mama 8 bulan, semua barang2 untuk  mama's lil' boy dah complete. Cuma tunggu masa dan menghitung masa je. Tik-tok..Tik-tok.. Anak pertama, semua ibu akan merasa sangat teruja terutamanya nak shopping barang2 dan baju2 baby yang super-super cute! Mama siap buat list selepas meng'google' keperluan bayi baru lahir. Diharapkan ini dapat membantu ibu-ibu yang lain jugak.


Senarai yang perlu dibawa oleh bapa / suami (PENTING)

1. GL @ surat jaminan majikan@ kad insurans* (yang ni mama lupa nak bagi masa register so mama sempat duduk dalam wad kelas 3)
2. Kad merah ibu mengandung* (penting sama macam jaga I/C kita)
3. Kad pengenalan ibu dan bapa*
4. Duit* 
5. Rekod kesihatan*


Keperluan bayi di hospital(PENTING)

1. Selimut dan tuala untuk bayi*
2. Beberapa helai kain lampin dan sapu tangan*
3. Beberapa helai pampers*
4. 3 - 4 helai pakaian baby*
5. Beberapa pasang sarung tangan dan kaki/mitten and booties*
6. topi baby / cover kepala baby*
7. Bedung/barut baby*
8. Alatan mandian baby*
9. Wet tissue- untuk lap baby*
10.Minyak telon*
11.Baby dipers *

*Keperluan ibu/mama di hospital ( PENTING)

1. Tuala
2. Barang mandian ( berus gigi ,ubat gigi, pencuci muka, bedak,losyen,syampu)
3. Beberapa pasang stokin
4. Selipar
5. Tuala wanita untuk wanita baru lepas bersalin (Guna sangat banyak sebab kena kerap tukar untuk elak tempat jahitan terkena jangkitan)
6. Beberapa helai pakaian ibu( pakaian yang longgar)
7. Beberapa helai kain batik
8. Pakaian dalam yang bersesuaian dengan ibu (nursing bra untuk ibu menyusu)
9. sikat, bedak, getah rambut 
10. Pum susu ibu, botol susu (Mama bawak tapi tak guna sebab susu tak keluar kalo perah @ pum dalam botol. Kene direct-feeding jugak)
11. Termos air panas, cawan, sudu, mangkuk
12. Minyak angin (Badan akan rasa penuh dengan angin after giving birth)
13.Beg plastik (Letak baju2 @ kain2 kotor)
14.Makanan- biskut ,air,roti, kismis, kurma (Alas perut. Kena makan kalau tak mesti takde tenaga nak push. Seriously! Mama tak makan ape2 sebelum deliver- ended with susah nak push sebab takde energy)
15.Kamera (Nak snap pic our lil one selepas bersalin)
16.Telefon bimbit (Make sure credit penuh coz nak selalu call hubby @ anyone nak mintak ambik ape2)
17.Al-quran (Baca la boleh buat kita tenang)
18.Air zam zam/air selusuh (Mama bawak tapi lupa nk minum..hehe)
19.Beberapa helai tudung instant/selendang( mama pakai tudung yang senang nak on-off.takyah nk cri tudung nak padankan dengan baju coz semua kena pakai baju hospital kaler pink gitu)
20.Majalah (in case kalau boring duk dalam wad tu. Mama bawak, tapi tak baca pun, nervous sangat nak bersalin.hehe)


SELEPAS KELUAR HOSPITAL

 Berpantang (Untuk Ibu) 
1 Jamu/Set Lepas Bersalin
2 Stokin
3 Baju Sejuk
4 Tungku
5 Selimut
6 Selipar
7 Buku/Majalah
8 Kain Batik
9 Bengkung/Barut
10 Maternity Pad/Pad Biasa
11 Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12 Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13 Minyak Angin/Urut
14 Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut,Roti)

Baby Gear ?
1 Baju- Lengan Pendek 8
2 Baju- Lengan Panjang 6
3 Romper 2
4 Seluar- Pendek 8
5 Seluar- Panjang 6
6 Sarung Tangan 5
7 Sarung kaki 5
8 Baby Bip 2
9 Sapu Tangan 3
10 Barut 10
11 Topi

Diapering                     Bilangan 
1 Napkin                       1 pek
2 Lampin Pakai Buang    2 pek
3 Diaper Wipes              2 pek
4 Safety Pin
5 Changing Mat
6 Nappy Liner
7 Berus Lampin
8 Baldi Untuk Napkin
9 Beg Untuk Diapers
10 Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi

Baby Care & Grooming 
1 Bedak Bayi
2 Losyen Bayi
3 Minyak Bayi (Baby Oil)
4 Tisu
5 Sikat
6 Putik Kapas (Cotton Bud)
7 Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8 Nasal Aspirator (untuk selsema)
9 Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh (biasa dibekal oleh pihak hospital)
10 Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11 Termometer
12 Vicks
13 Minyak Telon
14 Syringe for Medicine
15 Cotton Balls

Nursering 
1 Selimut
2 Bedding set
3 Play Pen / Katil Bayi
4 Mainan untuk Play Pen / Katil
5 Kelambu
6 Bakul Baju Kotor
7 Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8 Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding 
1 Botol saiz S 2
2 Puting Botol Susu 2
3 Bottle Sterilizer
4 Berus Pembersih Botol
5 Penyepit Botol
6 Sterilising Tablet
7 Nipple Cream
8 Nursing Pad Washable 2
9 Nursing Pad Disposal 1 kotak
10 Breast Pump
11 Nursing Pillow
12 Nursing Bra
13 Termos

Travelling 
1 Beg Bayi
2 Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3 MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4 Infant Carrier

Bathing 
1 Tuala
2 Besen Mandi
3 Syampu
4 Sabun Mandi
5 Span
6 Gayung

 Extra 
1 Penyangkut Baju Berklip
2 Permainan Bermuzik
3 Bumbo Seat
4 Baby Gym
5 Stroller / Jogger
6 Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
7 Car seat
8 Album
9 Beg Bayi
10 Baby Sling
11 Nursing Cover
12 Nursing Clothes / Wear

Nampak sangat la banyak kan. Tapi takpe, at least sediakan payung sebelum hujan. Ade jugak sesetengah barang tu takyah beli dah sebab memang dah sedia ada. Semua list yang di atas tu penting, tapi yang paling penting, fizikal & mental kita perlu sedia nak hadapi proses (bersalin) tu nanti. Selamat berjaya & berjuang wahai ibu-ibu pejuang!

1 comment:

  1. Boleh jd panduan untuk ibu ni.. TQ mama.. mudah mudahan dpt merasai pengalaman ini satu hari nanti. amin...

    ReplyDelete