JellyPages.com

U Follow Then I Follow

Thursday, January 17, 2013

Pengalaman Mengandung-Bhgn 1

Assalamualaikum..

Selepas 4 bulan perkahwinan, mama dapat rasakan ada sedikit perubahan pada diri mama. Mula2 terfikir jugak, mengandung ke tidak. Tapi due period mama belum sampai tarikh lagi. Kalau di ikutkan memang setiap bulan mama akan beli pregnancy test, ntah berape banyak duit habis guna untuk beli benda 'alah' tu. Kadang-kadang bila dah test tu, memang selalu akan 'frust' sebab result negatif. Tapi papa selalu cakap, "takpe, kita usaha lagi, kena banyak bersabar".

Jadi kali ni mama tak nak terlalu teruja sebab takut nanti mama 'cry-cry' bile keputusannya nanti tak seperti yang mama dan papa mahukan. Ntah kenapa masa mama n papa keluar jejalan pada satu petang tu, tibe2 papa berhenti kat farmasi. Balik rumah je papa bagi test kit tu kat mama. Papa cakap esok pagi cuba la guna, mana la tau. Mama pun pelik sebab selalunya mama yang beria-ria suruh papa belikan, tapi ni dah terbalik.

Esoknya tu, sebelum subuh lagi mama dah bangun. Semalam tidur tak lena. Lepas pee-pee atas kit tu, mama macam tak caye apa yang mama tengok. 2 line? Gosok mata. 2 line???? Whoah! Alhamdulillah. Terus jerit panggil papa yang tengah tido di ulit mimpi. Papa punya la berdesup bangun. Terpinga-pinga. Kenapa? Kenapa?

Ni ha....


Ya Allah. Alhamdulillah. Kuasa Allah s.w.t. . Mama dah bantai nangis sebab rasa macam tak pecaya je. Walaupun due period lagi 4 hari, ketentuan Allah siapalah yang dapat menidakkannya. Mama buat check-up dengan doc selepas 5 hari untuk lebih kepastian. Tapi kawan mama ada bagitau, kalo memang dah nampak 2 line memang positif. And in my case, ya its so true!

Alhamdulillah sepanjang kehamilan mama takde plak alahan yang loya, muntah, pening bagai tu. Apatah lagi mengidam nak makan yang masam2. Lagipun memang sebelum ni mama bukannya 'hantu' jeruk @ asam. Trimester pertama sangat2 'smooth' takde sakit ke ape ke. Mama buat monthly check-up dekat klinik kesihatan (percuma ape..ngeh3). Pergi pun sorang2 sebab papa keje. 'Procedure' nak buat kad pink tu tak susah pun, kejap je. Cuma yang nak kene gi check tiap2 bulan tu agak menguji kesabaran sebab kene tunggu lama. Biasala kalo gi klinik kerajaan ni, ramai yang datang. Kadang2 sampai tak cukup kerusi.

Masuk trimester kedua, mama dah mula rasa sesak nafas tiap kali bangun dari tidur. Rasa macam berdebar-debar pun ada. Papa bawak mama jumpa doc. Doc buatla ujian jantung, mama dh lupa dah ape nama ujian tu. Alhamdulillah doc cakap takde masalah ape-ape. Mungkin biasalah bagi ibu-ibu mengandung. Kadang-kadang bile awal-awal pagi atau lewat malam mama akan rasa macam pedih ulu hati. Selalunya tak teruk tapi ada 1 hari tu dalam pukul 1pagi, mama terpaksa kejutkan papa sebab dada mama ni rasa pedih mencucuk-cucuk. Nak gerak pun sakit. Papa bawak mama terus ke Hospital Banting, admit ward. Lepas dapat rawatan selama 4 jam, baru boleh balik rumah. Mujurlah masalah ni tak berlarutan.

Masuk kandungan mama masuk 5 bulan, mama teringin sangat nak tengok zuriat kesayangan mama. Alhamdulillah, dapat jugak mengubat kerinduan pada anak mama ni. Ni lah hasil 'scan' doc ye..

Si kecik kesayangan mama
Teruja nak tahu jantina sebab nanti senang mama nak pilih baju dan kelengkapan yang lain. Sangat-sangat terharu bila dapat tengok semua anggota badannya walaupun agak kurang jelas. Nampak je 'bebird' tu, memang boy la anak mama. Rasa macam tak sangka ada 'penghuni' dalam rahim mama ni. Nanges!

Sambung lagi nanti yer..


No comments:

Post a Comment