JellyPages.com

U Follow Then I Follow

Thursday, January 17, 2013

Pengalaman Mengandung-Bhgn 2

Assalamualaikum..

Masuk je trimester ketiga, mama dah rasa perut makin berat. Sampaikan nak jalan sikit, dah lenguh2 kaki ni. Kalau dulu mama asyik ajak papa jejalan, tapi skang rasa macam nak baring je atas katil. Kaki toksah cakapla. Bengkak dah macam kaki The Hulk. Kasut lama memang tak boleh pakai, jadi kene la ganti baru. Takpe, papa kan ada. Hehhehe. Nak ni...Nak tu.. Sangatla Diva, hokey! Alaa, bukannya selalu.

Masa kandungan 36 minggu, mama ada appointment doc untuk monthly check-up. Punyela awal-awal pagi dah sampai klinik sebab taknak tunggu lama. Kali ni terpaksa parking kereta jauh sikit. Masa jalan kaki nak ke klinik tu, tibe2..gedebab! Macam nangka busuk daaa. Kaki dah start sakit gile. Tapi rasa malu mengatasi rasa sakit. Yelah, jatuh depan org. Sape tak malu. Mujurla ada sorang staf datang tolong angkat mama. Terpaksa panggil kawan dia sebab mak buyung ini sangat  berat hokey! Hehehe. Sakit memang tak boleh nak cakapla. Cuma risau takut jadi apa2 kat baby.

Alhamdulillah doc cakap baby tak ape2. Kaki je yang bengkak terseliuh. Kol papa mintak datang ambik mama. Mama dah tak boleh drive. Sampai rumah terus nangis sebab dah tak tahan sakit. Nak nangis kat klinik, MALU. Hehehe. Kalau ikut nasihat doc, memang dia tak bagi berurut. Takut jadi lagi teruk katanya. Petangnya kaki ni makin sakit, nak tak nak mama tawakal pegi berurut. Itu pun selepas banyak kali papa membebel suruh pegi.. Mujurla lepas berurut, kaki mama beransur pulih esoknya. Kalau tak macam mana nak 'teran' dengan kaki yang sakit. Huhu.

Ni semua adalah ujian dari-Nya. Mama terima dengan hati terbuka. Asalkan anak mama selamat, mama sanggup terima apa sahaja.

Oklah. dah ngantuk ni. Jom tito..Nanti mama cite lagi pengalaman bersalin mama.

No comments:

Post a Comment